kenapa sampah ?


bermula sebagai sehelai kertas yang rata
tak terusik
tiada conteng
berbau kulit kayu di proses
itulah aku

suatu hari,
aku jatuh ditangan seorang lelaki
aku dijaga rapi
entah mengapa
aku direnyukkan dan dicampak
ke dalam tong sampah
aku dah jadi sampah

tak lama kemudian
seorang lelaki terjumpa aku
aku dalam keadaan renyuk dan komot
dengan baik hati
dia leraikan segala renyuk
aku keluar dari tong sampah
dan jadi sebagai sehelai kertas semula

tanpa amaran,
sekali lagi aku direnyukkan
seperti biasa
aku dicampakkan lagi ke tong sampah yang sama
renyukan kali ini kejam sedikit
badan aku hampir koyak
dan sedikit lunyai di bahagian penjuru
lagi sekali aku menjadi sampah

dalam keadaan kesakitan
tiba tiba aku diangkat oleh jejaka lain
dileraikan juga renyukan aku
di ratakan segala komot
di sapu setiap comot
maka, aku hidup sebagai sehelai kertas
lagi sekali

baru sahaja segala lunyai
dan kedutan di badan aku hampir sembuh
kali ketiga,
aku di renyukkan lagi
dan dicampak terus ke dalam tong sampah
tetapi kali ini,
dia rasa sampah ini mungkin ada guna
aku dikutip kembali,
diletakkan di tepi tong sampah

beberapa hari,
dia terfikir yang
aku tiada gunanya lagi
aku dicampak terus kedalam tong sampah yang sama
lontaran yang sama
kelajuan yang sama
di bungkus dalam plastik hitam besar
aku dicampak ke tong sampah yang besar
yang perlu dihantar terus ke tempat pelupusan
yang tidak boleh dikutip oleh sesiapa lagi

mengapa mesti aku ?

No comments:

Post a Comment