mohon

aku mohon
jangan lagi dikutip lagi aku
aku sudah berada di pusat pelupusan
aku risau
jika dikutip
aku dibuang lagi sekali
dan berulang kali
jika betul betul mahu
cari aku
didalam plastik hitam
dikalangan plastik hitam yang banyak
di situ ada aku
aku renyukkan kertas yang kecil
cari aku
kalau jumpa

oh Rumi (romeo)

rumi,
6 tahun dulu aku nampak kau
pertama kali
di luar kelas
ketika kita sama-sama 16 tahun
tahun 2007
aku murid baru :)

kau dan uniform sekolah
beg silang hitam (kalau aku tak salah)
kau masuk kelas aku
aku perhatikan gelagat kau
"eh kelakar dia ni" cakap dalam hati
aku kan murid baru :)

rumi,
kau budak lelaki pertama tegur aku
aku agak kekok
di hadapan meja guru
kau tanyakan nama aku
"nama awak apa ?"
dengan segan, aku jawab
kita berborak, aku malu malu
aku murid baru :)

hari bertukar hari
matahari muncul di lain hari
sedar sedar sudah berminggu aku di sekolah itu
sedar tak sedar,
aku sebenarnya sudah jatuh hati
pada kau rumi :/

gelagat kau buat aku tersenyum
segala kata kata kau bagi aku indah
kau sering menyakat aku
mungkin sebab itu
balik sekolah kau ada dengan aku
kita berborak sedikit
aku rasa aku sudah ada kawan
ingat, aku kan murid baru :)

ingat ini rumi,
kau pernah katakan ini pada aku
"eh kau pernah ada boyfriend ?" aku jawab tidak
"kapel dengan aku sehari jom ? esok kita break"
rumi, kau tahu masa itu aku bahagia ?
tapi aku senyum sahaja
sebab aku masih tak tahu apa itu cinta
dan aku tahu kau bergurau :)

sebulan berlalu
tawaran ke sekolah memanggil aku
dan itu juga yang aku mahu
rela, suka dan terpaksa
aku pergi
tinggalkan kau rumi, dan sedikit kenangan di sekolah itu
sedih, aku tak suka kan perpisahan
tapi aku harus pergi
rupanya, aku juga harus tinggalkan
"crush" aku

rumi,
mana kau pergi selama tiga tahun ?
kita terputus habis
khabar kau aku tak dengar
wajah kau lagi aku tak nampak
kau sihat rumi ?
oh ya, aku sudah kekasih rumi
aku yakin kau pun begitu
rasa suka pada kau,
sudah tak ada,
mungkin jarak dan masa memutuskan kita

april 2010
rumi ! kita berjumpa di facebook rumi !
aku tak tahu kenapa aku teruja
melihat kembali foto foto kau
aku rasa "eh dia ni aku pernah suka dulu"
tersenyum sendiri aku :)

tapi maaf juga rumi,
aku sudah punya kekasih
tapi bukan kekasih hari itu
yang itu sudah buang aku
gantikan aku dengan bunga baru
ini kekasih baru
tapi kita masih kawan bukan ? :)

jun 2012,
rumi, aku putus cinta lagi
kekasih aku yang itu juga buang aku
sudah tiada rasa sayang katanya
aku sedih
tapi kesedihan ini telah bertukar kepada nikmat
kerana,
aku dan kau tiba tiba jadi rapat
aku sendiri tak tahu bagaimana

sebulan selepas aku berkabung
beberapa hari selepas kita berbual
berbual seperti kawan lama
aku rasa sesuatu yang janggal
aku rasa,
rasa suka aku pada kau dulu datang kembali
tapi 5 tahun rumi,
aku tak jumpa kau

rumi,
aku tahu kau sendiri tak sedar
yang kita berdua sebenarnya sudah jatuh
jatuh yang tak pernah sakit
jatuh yang semua orang suka
jatuh cinta
kau jatuh cinta pada aku kan rumi ?

5 tahun tanpa jumpa
hanya berkongi suara di telefon,
berborak di laman sosial
cukup membuktikan yang
aku jatuh sayang pada kau
aku jatuh hati kali kedua kepada kau rumi
tapi kenapa ?

"aku taknak kapel. cukup aku paham kau, kau paham aku"
aku sebenarnya terkedu
kerana kau ungkapkan itu
pada suatu malam ketika aku jauh
jauh dari kau
maksud kau, cukup kita sayang satu sama lain
tak perlu ada title
yang penting hati
kan rumi ? :)

lagi sekali masa berlari laju
kita bahagia seperti dua burung bercinta
segala tawa buat kita rapat
setiap gila gila kau buat aku makin melekat
satu ketika aku terfikir
"tak mungkin aku akan lepaskan kau rumi"
sayang aku lain macam
engkau kah pemilik tulang rusuk itu ?

disember, 2012
rumi, apa kau buat sayang ? :(
kau bilang kau sayang aku ?
kau bilang aku puteri, dewi hati kau ?
kau bilang aku jantung hati kau ?
kenapa hati kau berubah rumi ?
apa aku buat ? :(

segala aduan aku kau hiraukan
segala lawak aku kau hindarkan
segala dedikasi aku kau lengahkan
apa kurang aku rumi ? :(
bukankah aku sudah cuba yang terbaik untuk kau ?
pernah aku jadi queen control pada kau ?
pernah aku curang ?
pernah aku hiraukan kau ?
tak rumi :(

rumi,
kau buat aku sedih
kau buat aku rasa sejarah sejarah lama aku
akan berulang
jangan rumi
cukup lah tempoh hari aku dibuang
aku tak mahu dibuang lagi :(

tapi,
hmm ramalan aku tak aku sangka
ianya betul
kau juga tinggalkan aku
kau kata sayang itu sudah tidak ada
kau bosan dengan "kita"
salah aku apa rumi ?
aku tanya kau, apa salah aku ? :(

patutlah layanan kau tawar
kau sering lari dari aku
patutlah segalanya hambar
kau sudah tiada hati pada aku
kenapa kau begitu rumi :(

di hari kau bilang,
"boleh kita jadi kawan ?"
hati aku luluh, kebas dan rebah rumi
tapi tidak sesedih putus cinta aku yang selama ini
kerana kau lagi bilang
"kau tak hilang aku lagi, boleh tak kau kasi aku masa ? aku nak adakan balik rasa yang aku pernah ada masa dengan kau dulu ?"
sedih aku bertukar rumi
kerana aku rasa harapan itu masih ada :)

tetapi rumi,
rasa itu sudah lain pada kita
aku jadi kekok
kerana panggilan "sayang" untuk aku
sudah aku tak dengari
kita hanya berbual biasa
tapi aku masih harapkan kau
harapkan kau masih ada hati pada aku

kurang seminggu,
harapan yang aku harapkan makin tipis rumi
aku masih tidak nampak
mana kata kata kau bilang dulu
aku lihat, kau makin selesa
selesa tanpa aku
aku lihat kau senang
sedangkan aku masih lagi kebas separuh badan
menantikan jawapan kau

rumi,
apa titik noktah kita sayang ?
walaupun tiada permulaan untuk kita
sekurangnya, berikan kata akhir untuk aku
supaya aku tak terasa tergantung lagi
kau mahu aku lagi ?
atau, kau takut mahu bilang yang, kau tak perlukan aku lagi ?

jawab, rumi.

kenapa sampah ?


bermula sebagai sehelai kertas yang rata
tak terusik
tiada conteng
berbau kulit kayu di proses
itulah aku

suatu hari,
aku jatuh ditangan seorang lelaki
aku dijaga rapi
entah mengapa
aku direnyukkan dan dicampak
ke dalam tong sampah
aku dah jadi sampah

tak lama kemudian
seorang lelaki terjumpa aku
aku dalam keadaan renyuk dan komot
dengan baik hati
dia leraikan segala renyuk
aku keluar dari tong sampah
dan jadi sebagai sehelai kertas semula

tanpa amaran,
sekali lagi aku direnyukkan
seperti biasa
aku dicampakkan lagi ke tong sampah yang sama
renyukan kali ini kejam sedikit
badan aku hampir koyak
dan sedikit lunyai di bahagian penjuru
lagi sekali aku menjadi sampah

dalam keadaan kesakitan
tiba tiba aku diangkat oleh jejaka lain
dileraikan juga renyukan aku
di ratakan segala komot
di sapu setiap comot
maka, aku hidup sebagai sehelai kertas
lagi sekali

baru sahaja segala lunyai
dan kedutan di badan aku hampir sembuh
kali ketiga,
aku di renyukkan lagi
dan dicampak terus ke dalam tong sampah
tetapi kali ini,
dia rasa sampah ini mungkin ada guna
aku dikutip kembali,
diletakkan di tepi tong sampah

beberapa hari,
dia terfikir yang
aku tiada gunanya lagi
aku dicampak terus kedalam tong sampah yang sama
lontaran yang sama
kelajuan yang sama
di bungkus dalam plastik hitam besar
aku dicampak ke tong sampah yang besar
yang perlu dihantar terus ke tempat pelupusan
yang tidak boleh dikutip oleh sesiapa lagi

mengapa mesti aku ?